[vc_row][vc_column width=”2/3″][vc_column_text]
PANDUAN PERMOHONAN DANA PEMBANGUNAN PENGAJARAN (DPP) 2014
Dana Pembangunan Pengajaran (DPP) adalah dana yang membiayai staf/kumpulan staf akademik melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti proses P&P di UTM. Dana ini bertujuan untuk membantu staf akademik bagi:
PERUNTUKAN & JANGKAMASA KAJIAN
Dana ini boleh dipohon untuk menjalankan aktiviti penyelidikan secara berkumpulan. Jumlah dana yang boleh dipohon bagi setiap projek ialah antara RM 32,000.00 hingga RM 34,000.00 untuk jangka masa dua tahun (Bagi memenuhi kehendak Myra2).
PERLAKSANAAN DPP
Bermula dari tahun 2013, perlaksanaan DPP dibuat dengan kerjasama RMC. Bidang kajian, proses permohonan dan kelulusan akan dikendalikan oleh CTL UTMLead, manakala pendaftaran projek, urusan tuntutan perbelanjaan dan kewangan, perkembangan dan laporan projek dilaksanakan oleh RMC. Oleh yang demikian penyelidik yang berjaya menerima DPP dari UTMLead perlu mendaftarkannya dalam sistem RADIS manakala tuntutan bayaran melalui sistem UTMFin sepertimana amalan biasa.
BIDANG KAJIAN
Bidang-bidang kajian yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:
- Pembinaan bahan-bahan pengajaran yang kreatif dan inovatif.
- Penilaian dan pentaksiran.
- Pedagogi dan strategi pengajaran.
- Penggunaan teknologi dalam pengajaran.
- Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
- Pembangunan kemahiran insaniah dan gaya pembelajaran pelajar.
- Pembangunan dasar dan polisi P&P di UTM
Bagi DPP tahun 2014, keutamaan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan dan pemantauan keberkesanan perlaksanaan Akademia Baru – Inovasi Pembelajaran (New Academia – Learning Innovation) dan Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi (High Impact Learning Practices) di UTM sejajar dengan keperluan Projek Agenda Kritikal (CAP) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Akademia Baru – Inovasi Pembelajaran ;
- Problem Based Learning
- Scenario Based Learning
- UTM Learning Spaces
- Case Study Teaching
- Peer Instruction
- Service Learning
- Outcome Based Education
- CDIO
- Entrepreneurial Skills /Job Creation
- OCW / MOOCS
- Student Edutainment
- Blended Learning
Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi ;
- First-year seminars and experiences
- Common intellectual experiences (such as the core curriculum)
- Learning communities
- Writing-intensive courses
- Collaborative assignments and projects
- Undergraduate research
- Diversity and global learning in courses or programs that examine “difficult differences”
- Service- or community-based learning
- Internships
- Capstone courses and projects
Rujuk laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut berkaitan Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi;
http://us.tamu.edu/Students/High-Impact-Practices/High-Impact-Practices-Defined
https://www.aacu.org/leap/hip.cfm
Skop projek penyelidikan yang tidak akan disokong:
- Mengulang kaedah yang telah digunakan dalam kursus yang lain dalam satu matapelajaran baru.
- Projek yang memfokus kepada perkembangan terkini dalam disiplin seseorang staf.
- Membangunkan satu matapelajaran baru atau menukar bahan rujukan dalam sesuatu matapelajaran tanpa berlaku perubahan pedagogi yang ketara.
- Penyedian untuk menggunakan bahan `sedia ada’ dalam pengajaran (contohnya manual atau perisian).
KELAYAKAN CALON
Semua staf akademik yang telah diserapkan ke jawatan tetap adalah layak memohon. Pemohonan boleh dilakukan secara berkumpulan. Keutamaan akan diberikan kepada staf akademik yang terlibat secara aktif sebagai ahli “Task Force” Akademia Baru dan staf akademik yang pernah mengikuti kursus berkaitan dengan kaedah penyelidikan pendidikan sebelum ini. Staf akademik yang sedang mengetuai projek DPP (belum tamat) tidak boleh mengetuai projek penyelidikan baru tetapi dibenarkan untuk menjadi ahli kumpulan projek penyelidikan yang dipohon.
PERMOHONAN
Permohonan boleh dilakukan dengan menggunakan borang permohonan DPP yang boleh didapati di laman web UTMLead (http://utmlead.utm.my/instructional-development-grant-idg/). Borang yang telah lengkap diisikan harus dihantar ke UTMLead melalui Timbalan Dekan (Pembangunan) sebelum tarikh yang ditetapkan.
PANEL PENILAI
Semua permohonan akan dinilai dan diluluskan oleh Jawatankuasa DPP (JKDPP). JK DPP terdiri daripada beberapa wakil pentadbiran UTMLead dan TD(A) dari beberapa fakulti bidang kejuruteraan dan sains sosial. Senarai JK DPP tahun 2014 boleh dirujuk disini.
KRITERIA ASAS KELULUSAN
Berikut adalah kriteria yang akan digunakan bagi meluluskan sesuatu permohonan.
- Projek penyelidikan mestilah secara berkumpulan dan keutamaan diberikan kepada kumpulan yang terdiri dari pelbagai fakulti.
- Memberikan tumpuan kepada bidang penyelidikan yang diberikan keutamaan.
- Tujuan dan rasional kajian mestilah jelas dan boleh dilaksanakan dalam jangkamasa yang dipohon.
- Cadangan inovasi yang berkaitan dapat meningkatkan mutu P&P.
- Keutamaan diberikan kepada cadangan kajian yang menunjukkan terdapat ciri-ciri inovasi dan kreativiti yang akan ditonjolkan serta kajian keberkesanan menurut kaedah penyelidikan pendidikan yang teratur.
- Hasil kajian akan memberikan impak yang luas kepada pelajar, fakulti dan UTM secara keseluruhannya.
- Perancangan dan jadual kerja yang jelas termasuk bagaimana dapatan kajian dapat dimanfaat dan disebarkan.
- Belanjawan yang berpatutan mengikut syarat agihan dana yang ditetapkan.
- Bukti sokongan daripada fakulti atau unit luar jika berkaitan.
AGIHAN DANA
Peruntukan DPP boleh digunakan untuk tujuan di bawah dan tertakluk kepada syarat yang diyatakan:
- Perkhidmatan Ikhtisas (Vot 29000) untuk bayaran upah analisis, taip manuskrip, upah cetak dan upah lain yang berkaitan. Perkhidmatan skim pelajar bekerja juga boleh digunakan.
- Pembelian bahan guna habis (Vot 27000).
- Perbelanjaan perjalanan (Vot 21000) untuk menghadiri kursus, mesyuarat, membentang kertas kerja di seminar yang tidak melebihi 30% dari jumlah keseluruhan dana yang diluluskan.
- Harta Tetap (Vot 35000), Inventori (Vot 36000), Sewaan (Vot 24000), Perhubungan dan Utiliti (Vot 23000) dengan jumlah tidak melebihi 40 % daripada jumlah keseluruhan dana yang diluluskan.
Peruntukan dalam Item 3 and 4 di atas boleh dipindahkan kepada item 1 dan / atau 2 tetapi tidak boleh sebaliknya. Walau bagaimanapun penyelidik perlu memohon dan mendapat kelulusan dari JK DPP / CTL UTMLead terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pemindahan agihan dana.
LAPORAN KEMAJUAN DAN LAPORAN AKHIR
Staf / kumpulan staf akademik yang berjaya menerima geran dari Dana Pembangunan Pengajaran perlu menghantar laporan kemajuan semasa ke JK DPP dengan menggunakan borang yang disediakan setiap ENAM (6) bulan dari tarikh dana diluluskan. Laporan akhir perlu dihantar selewat-lewatnya SATU (1) bulan selepas tarikh tamat projek.
[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″]