Dana Pembangunan Pengajaran (DPP) adalah dana yang membiayai staf/kumpulan staf akademik melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti proses P&P di UTM. Dana ini bertujuan untuk membantu staf akademik bagi:
PERUNTUKAN & JANGKAMASA KAJIAN
Dana ini boleh dipohon untuk menjalankan aktiviti penyelidikan secara berkumpulan. Jumlah dana yang boleh dipohon bagi setiap projek tidak melebihi RM20,000.00 untuk jangka masa dua tahun (bagi memenuhi kehendak Myra2).
PERLAKSANAAN DPP
Bermula dari tahun 2013, perlaksanaan DPP dibuat dengan kerjasama RMC. Bidang kajian, proses permohonan dan kelulusan akan dikendalikan oleh UTMLead, manakala pendaftaran projek, urusan perbelanjaan dan kewangan dan laporan projek dilaksanakan oleh RMC. Oleh yang demikian penyelidik yang berjaya menerima DPP dari UTMLead perlu didaftarkan dalam sistem RADIS manakala tuntutan bayaran melalui sistem UTMFin.
BIDANG KAJIAN
Bidang-bidang kajian yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut:
- Pembinaan bahan-bahan pengajaran yang kreatif dan inovatif.
- Penilaian dan pentaksiran. Pedagogi dan strategi pengajaran.
- Penggunaan teknologi dalam pengajaran. Keberkesanan pembelajaran dan pengajaran.
- Pembangunan kemahiran insaniah dan gaya pembelajaran pelajar.
- Pembangunan dasar dan polisi P&P di UTM
Bagi DPP tahun 2015, keutamaan diberikan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan pembangunan dan pemantauan keberkesanan perlaksanaan Akademia Baru – Inovasi Pembelajaran (New Academia – Learning Innovation) dan Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi (High Impact Learning Practices) di UTM sejajar dengan keperluan Projek Agenda Kritikal (CAP) Kementerian Pendidikan Malaysia.
Akademia Baru – Inovasi Pembelajaran ;
- Problem Based Learning
- Scenario Based Learning
- UTM Learning Spaces
- Case Study Teaching
- Peer Instruction
- Service Learning
- Outcome Based Education
- CDIO
- Entrepreneurial Skills /Job Creation
- OCW / MOOCS
- Student Edutainment
- Blended Learning
Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi ;
- First-year seminars and experiences
- Common intellectual experiences (such as the core curriculum)
- Learning communities
- Writing-intensive courses
- Collaborative assignments and projects
- Undergraduate research
- Diversity and global learning in courses or programs that examine “difficult differences”
- Service- or community-based learning
- Internships
- Capstone courses and projects
Rujuk laman sesawang berikut untuk maklumat lanjut berkaitan Amalan Pembelajaran Berimpak Tinggi;
http://us.tamu.edu/Students/High-Impact-Practices/High-Impact-Practices-Defined
https://www.aacu.org/leap/hip.cfm
Skop projek penyelidikan yang tidak akan disokong:
- Mengulang kaedah yang telah digunakan dalam kursus yang lain dalam satu matapelajaran baru.
- Projek yang memfokus kepada perkembangan terkini dalam disiplin seseorang staf.
- Membangunkan satu matapelajaran baru atau menukar bahan rujukan dalam sesuatu matapelajaran tanpa berlaku perubahan pedagogi yang ketara.
- Penyedian untuk menggunakan bahan `sedia ada’ dalam pengajaran (contohnya manual atau perisian).