[vc_row][vc_column width=”2/3″][vc_column_text]
Anugerah Penasihat Akademik
Anugerah ini diperkenalkan bagi mengiktiraf staf akademik yang menjalankan tugas sebagai Penasihat Akademik dengan cemerlang. Anugerah ini akan disampaikan dalam majlis Citra Karisma Universiti setiap tahun.
2.0 NILAI HADIAH
Nilai hadiah bagi penerima anugerah ini adalah seperti berikut:
- Wang tunai berjumlah RM2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Sahaja)
- Trofi
- Sijil
3.0 SYARAT DAN PROSEDUR PENCALONAN
- Pencalonan adalah terbuka kepada semua staf akademik berjawatan tetap yang dilantik sebagai Penasihat Akademik mahasiswa sekurang-kurangnya 5 tahun dan telah menyelia satu kohot mahasiswa secara lengkap (dari awal kemasukan sehingga pelajar bergraduan).
- Semua pencalonan hendaklah melalui Dekan Fakulti dengan menggunakan borang pencalonan yang disediakan.
- Setiap pencalonan mesti diiringi dengan 2 surat sokongan iaitu daripada mahasiswa dan Ketua Jabatan atau Dekan fakulti masing-masing. Surat sokongan harus menyatakan contoh terbaik perkhidmatan penasihatan akademik yang diberikan, aktiviti serta usaha penambahbaikan dalam memberi penasihatan. Maklumat-maklumat lain yang boleh dimasukkan adalah seperti yang tertera dalam Perkara 4.0.
4.0 KRITERIA PENILAIAN
Jawatankuasa Pemilih Anugerah Panasihat Akademik akan menilai pencalonan berdasarkan kualiti dan amalan penasihatan yang berkesan dan cemerlang meliputi komponen berikut:
- Pengetahuan dan Kualiti Penasihatan
- Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
- Pengetahuan tentang perancangan dan keperluan program pengajian mahasiswa
- Pemantauan terhadap perkembangan mahasiswa terhadap kemajuan akademik dan kerjaya
- Pengetahuan tentang bidang kerjaya serta penggajian pasca siswazah
- Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri mahasiswa
- Penglibatan dalam program pembangunan penasihatan akademik
- Sokongan
- Pemantauan perkembangan pembangunan diri mahasiswa
- Sikap sering membantu dan endah terhadap mahasiswa
- Kemahiran interpersonal yang berkesan
- Tahu merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
- Kesediaan bertindak demi kepentingan terbaik pelajar
- Mempamerkan ciri-ciri penasihat akademik cemerlang
- Hubungan dengan Pelajar
- Mudah dan sering dihubungi mahasiswa
- Komunikasi secara bersemuka serta elektronik
- Mesra serta reponsif terhadap mahasiswa
Dokumen dan bahan bukti perlu disertakan bagi menyokong maklumat di atas.
5.0 PEMARKAHAN
- Pemarkahan akan diberikan berdasarkan maklumat yang disertakan dalam Borang Pencalonan serta Temuduga (bagi calon yang layak).
- Penilaian dan pemarkahan berasaskan maklumat permohonan akan dibuat berasaskan komponen dan wajaran berikut:
- Pengetahuan dan Kualiti Penasihatan (50 markah)
- Pengetahuan berkaitan peraturan akademik universiti
- Pengetahuan tentang perancangan dan keperluan program pengajian mahasiswa
- Pemantauan terhadap perkembangan mahasiswa terhadap kemajuan akademik dan kerjaya
- Pengetahuan tentang bidang kerjaya serta pengajian pasca siswazah
- Kebolehan memberikan penasihatan berkaitan kerjaya dan pembangunan diri mahasiswa
- Penglibatan dalam program pembangunan penasihatan akademik
- Sokongan (30 markah)
- Pemantauan perkembangan pembangunan diri mahasiswa
- Sikap sering membantu dan endah terhadap mahasiswa
- Kemahiran interpersonal yang berkesan
- Tahu merujuk mahasiswa kepada pusat/unit sokongan yang berkaitan
- Kesediaan bertindak demi kepentingan terbaik pelajar
- Mempamerkan ciri-ciri penasihat akademik cemerlang
- Hubungan dengan Pelajar (20 markah)
- Mudah dan sering dihubungi mahasiswa
- Komunikasi secara bersemuka serta elektronik
- Mesra serta reponsif terhadap mahasiswa
6.0 PROSEDUR PEMILIHAN CALON
- Hanya calon yang mencapai markah titik ambang (threshhold) berasaskan kriteria pemarkahan dalam Perkara 5.0 akan disenarai pendek untuk sesi temuduga.
- Seorang calon yang melepasi markah minima dan mencapai markah tertinggi dalam sesi temuduga akan diperakukan kepada Universiti untuk dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Penasihat Akademik.
- Panel akan memperakukan kepada Universiti bahawa tiada calon yang akan dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Penasihat Akademik sekiranya tiada calon yang mencapai markah titik ambang pemohon dan melepasi markah minima temuduga.
7.0 PANEL PENILAI
- Keseluruhan proses penilaian akan dibuat oleh Panel Penilai Anugerah Penasihat Akademik.
- Panel Penilai Anugerah Penasihat Akademik akan membuat laporan dan perakuan kepada Universiti mengenai calon yang akan dipertimbangkan sebagai penerima Anugerah Penasihat Akademik. PEJABAT PENGAJIAN PRASISWAZAH
- Panel Penilai Anugerah Penasihat Akademik Tahun 2015 adalah terdiri daripada:
i. Prof. Dr. Mohd Salleh bin Abu
Pengarah Kanan UTMLeadPengerusi ii. Prof. Dr. Ahmad Kamal bin Idris
Dekan Pejabat Pengajian PrasiswazahAhli iii. Prof. Dr. Mohd Zaki bin Kamsah
Pengarah CALPDAhli iv. Prof. Madya Ir. Hayati binti Abdullah
Timbalan Pengarah CALPDAhli v. Prof. Dr. Johari Halim Shah bin Osman
Dekan Fakulti ElektrikAhli vi. En. Amir Hamzah bin Jamil
Timbalan Pendaftar UTMLeadSetiausaha Urusetia:Pn Fadillah binti Ibrahim
Pembantu Tadbir CTL
UTMLeadExt : 37593
Email : fdilah@utm.my
8.0 MAKLUMAT YANG PERLU DISERTAKAN BERSAMA BORANG PENCALONAN
Setiap pencalonan perlu dikemukakan kepada Urusetia Anugerah Penasihat Akademik mengikut prosedur dan ketetapan yang ditetapkan oleh Universiti dengan menyertakan maklumat berikut:
- Borang pencalonan
- Borang penilaian oleh sekurang-kurangnya 3 orang mahasiswa
- 2 surat sokongan
- CV calon
- Gambar calon bersaiz passport
- Write up berkaitan calon (1 muka surat)
- Dokumen dan bahan bukti berkaitan Penasihatan Akademik seperti dinyatakan dalam Perkara 4.0
[/vc_column_text][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_column_text]PANDUAN DAN KRITERIA ANUGERAH PENASIHAT AKADEMIK 2014
Maklumat Berkaitan: |
|
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]