Lesson 1

Pengenalan Kepada Olahraga

Topik ini memperkenalkan olahraga secara umum mengenai acara-acara yang dipertandingkan dalam sukan olahraga. Tambahan lagi, beberapa aspek sains dalam olahraga juga disentuh bagi meningkatkan lagi kefahaman mengenai sukan ini.

Lesson 2

Penglibatan Atlet Baru Dalam Olahraga

Topik ini memberi penekanan tentang kaedah memperkenalkan sukan olahraga kepada bakal atlet khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Lesson 3

Kepentingan Sesi Memanaskan Badan

Memanaskan badan merupakan satu keperluan yang penting sebelum atlet terlibat dalam apa jua acara olahraga. Dalam topik ini, ia memberikan tatacara umum mengenai kaedah memanaskan badan yang sesuai mengikut acara olahraga.

Lesson 4

Prinsip Asas Latihan Dalam Olahraga

Memahami serta mengetahui keperluan sesuatu jenis sukan mengikut sifatnya adalah sesuatu yang sangat penting. Kefahaman ini akan dapat membantu jurulatih dalam melaksanakan latihan yang betul dan berkesan.

Lesson 5

Penyalahgunaan Dadah Dalam Olahraga

Topik ini memberi penekanan kepada beberapa jenis dadah yang biasanya disalahgunakan dalam sukan olahraga. Ia juga membincangkan tentang kesan pengambilan dadah tersebut terhadap aspek fizikal dan fisiologikal atlet serta pengaruhnya terhadap prestasi atlet olahraga.

Lesson 6

Pengelolaan Sukan Tahunan Sekolah

Sasaran utama topik ini ialah untuk membimbing pelajar tentang persediaan yang perlu dilakukan bagi menganjurkan kejohanan sukan tahunan sekolah.

Lesson 7

Kepegawaian Olahraga

Topik ini membincangkan tentang fungsi setiap pegawai yang terlibat semasa kejohanan olahraga berlangsung. Ia turut merangkumi beberapa isu teknikal dan peraturan umum yang berkaitan dengan beberapa acara olahraga.