Role

Falsafah dan peranan MEIPTA adalah seperti berikut:

  1. Berdasarkan kepada premis bahawa IPTA dibiayai oleh dana awam, maka Majlis akan berfungsi berlandaskan kepada falsafah perkongsian kepakaran dan sumber untuk memajukan serta memantapkan pembangunan sistem pengurusan pembelajaran, bahan pembelajaran dan amalan penggunaan e-Pembelajaran dalam kalangan IPTA.
  2. Berperanan sebagai penghubung antara IPTA dengan KPT dalam hal berkaitan e-Pembelajaran.
  3. Membincangkan isu-isu bersama tentang e-Pembelajaran di IPTA.
  4. Meninjau peluang-peluang perkongsian dan kerjasama antara IPTA dalam hal-hal berkaitan e-Pembelajaran.v. Menjalankan aktiviti penyelidikan dan penerbitan bersama tentang e-Pembelajaran.

Setiap IPTA mesti mempunyai Pusat Tadbir Urus e-Pembelajaran atau Governan. Lazimnya tadbir urus e-Pembelajaran diletakkan di bahagian Pusat TeknologiMaklumat, diikuti oleh Pusat Pembangunan Akademik serta Pusat Pengajaran dan Pembelajaran universiti masing-masing.AHli MEIPTA adalah dalam kalangan pentadbir atau penyelaras di Pusat-pusat ini.

Berikut adalah senarai Pusat Pembangunan Akademik / Pusat Pengajaran dan Pembelajaran IPTA di Malaysia.

UKM – http://www.ukm.my/ctlt/
UTM – http://utmlead.utm.my atau http://ctl.utm.my
UPM –
USM –
UIA
UMT
UNIMAS
UMS
UTHM –
UTEM –
UMK –