About Us

Majlis Ketua-Ketua Penyelaras e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) telah ditubuhkan pada 12 November 2007
sebagai platform perkongsian amalan terbaik (best practices) pelaksanaan e-Pembelajaran diantara IPTA masingmasing.
MEIPTA juga terlibat dalam pembentukan Dasar e-Pembelajaran IPTA yang digubal bertujuan untuk memperkasa pelaksanaane-Pembelajaran agar lebih tersusun dan mempunyai mekanisme yang lebih jelas.
Keahlian MEIPTA terdiri daripada semua IPTA di Malaysia yang akan mewakilkan 2 orang terdiri daripada Ketua Penyelaras e-Pembelajaran atau OER di IPTA masing-masing.  Manakala pelantikan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi dipilih secara undian dalam kalangan ahli MEIPTA secara pusingan untuk tempoh dua tahun. Persidangan MEIPTA diadakan tiga atau empat kali setahun secara berkala dan tuan rumah dipilih secara bergilir antara IPTA. Sejak November 2007,mesyuarat telah berjaya diadakan sebanyak 32 kali.