Kursus Asas e-Pembelajaran@UTM

[vc_row][vc_column width=”1/1″][vc_column_text]Tarikh : 23 Februari 2016
Tempat : Makmal Komputer UTMLead

Pada 23 Februari 2016 yang lalu, CTL telah mengadakan kursus Asas E-Pembelajaran@UTM. Kursus ini merupakan siri yang pertama ditawarkan pada tahun 2016. Seramai 27 orang peserta daripada beberapa Fakulti termasuk Fakulti Sains dan UTM AIS telah hadir bagi mempelajari beberapa asas penggunaan elearning di UTM untuk kelas masing-masing. Kursus pada kali ini dikendalikan oleh Dr Norah Md Noor (UTMLead), Dr Mohd Nihra Haruzuan Mohd Said (Fakulti Pendidikan) dan Dr Murtadha bin Mohamad (Fakulti Komputeran).

43

Kursus ini merupakan siri yang pertama ditawarkan pada tahun 2016. Kursus yang sama akan ditawarkan pada bulan Jun untuk kumpulan pensyarah lain yang berminat. Semoga semua peserta mendapat manfaat daripada kursus yang dianjurkan kali ini.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Kursus Lanjutan e-Pembelajaran@UTM

[vc_row][vc_column width=”1/1″][vc_column_text]Tarikh : 24 & 29 Februari 2016
Tempat : Makmal Komputer UTMLead

Pada 24 dan 29 Februari 2016 yang lalu, CTL telah mengadakan kursus Lanjutan E-Pembelajaran@UTM. Lebih kurang 50 orang peserta daripada beberapa Fakulti seperti Fakulti Sains, Fakulti Komputeran dan Fakulti Pengurusan telah hadir bagi mempelajari beberapa kemudahan seperti Grouping, Quiz, Feedback,Wiki dan Badges yang disediakan oleh Moodle sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) untuk E-Pembelajaran di UTM. Kursus pada kali ini dikendalikan oleh Dr Norah Md Noor (UTMLead), Prof Madya Hanizam Sulaiman (Fakulti Kejuruteraan Tenaga).

21

Sebahagian masa kursus diisi dengan perkongsian cara terbaik untuk menggunakan kemudahan yang disediakan dalam kelas masing-masing. Beberapa strategi seperti Flipped Classroom, Collaborative Learning dan Gamification turut dikongsi oleh fasilitator kepada semua peserta yang terlibat. Kursus ini akan ditawarkan sekali lagi pada pertengahan tahun 2016 untuk kumpulan pensyarah lain yang tidak dapat mengikuti kursus kali.

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Bengkel Pelan Penggantian Staf Akademik UTM

[vc_row][vc_column width=”1/1″][vc_column_text]Tarikh : 17 Januari 2016
Tempat : Dewan Jamuan, Bangunan Canseleri UTM

Bengkel Pelan Penggantian Staf Akademik UTM telah diadakan pada 17 Januari 2016 bertempat di Dewan Jamuan, Bangunan Canseleri UTM.  Bengkel ini bertujuan untuk menghasilkan pelan tindakan yang berkaitan dengan perancangan dan perlaksanaan Pelan Penggantian Staf Akademik (PPSA) di UTM.

Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan peratusan staf akademik yang berkelulusan PhD serta yang mempunyai kelayakan professional mengikut keperluan PGU II & MyRA II.

UTM perlu mempunyai PPSA bagi mengekal dan mempertingkatkan bilangan (peratusan) staf akademik berkelayakan PhD dan kelayakan professional bagi menjamin kelestarian segala agenda dan urusan berkaitan program akademik serta memenuhi keperluan Universiti Berfokus Penyelidikan.

8[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Lawatan dari Akademi Seni Warisan dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA)

[vc_row][vc_column width=”1/1″][vc_column_text]Pada 1 Mac 2016 yang lalu, CTL telah menerima lawatan dari Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Pihak ASWARA mengadakan lawatan ini bertujuan untuk melihat dan meneliti secara lebih jelas konsep dan pengurusan sistem e-learning bagi tujuan pembelajaran di ASWARA. Seramai 4 orang wakil dari pihak ASWARA telah menghadiri sesi lawatan ini, diketuai oleh En. Ku Aznal Shahri bin Ku Abd Hamid, Pengarah Teknologi Maklumat ASWARA. Manakala CTL telah diwakili oleh Dr. Zaleha Abdullah (Timbalan Pengarah CTL), Dr. Norah Mohd Noor (Pengurus Teknologi Maklumat), Dr. Nurbiha A. Shukor (Pengurus OER) dan Pn. Nurul Syazana Selamat, wakil dari CICT. Sesi lawatan dimulakan dengan penerangan ringkas mengenai pelaksanaan sistem e-Learning di UTM, diikuti oleh sesi soal jawab. Lawatan berakhir dengan sesi lawatan ke Studio Multimedia UTMLead.

65[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]